Click here for the next story

20171014

Bodoh Arab



Aku sangat lemah dalam Bahasa Arab. Tapi nak score. Bukan setakat nak score. Tapi nak dalami betul². Apa guna nama macam syurga tapi bahasa syurga pun bodoh bodoh. Ada lebih kurang sebulan dua untuk struggle before final week. 

Semangat masuk kelas tuto siap duduk sit depan, sekali dia cakap full arab. Basic tak tekan langsung. Tak mengajar, terus buat latihan. Yelah. Dia kata kita duduk dalam universiti. Basic nak tahu belajar lah kat sekolah menengah. Takkan dah masuk U nak kena ajar satu persatu. 

Keluar kelas. Terus rasa nak campak buku. Bukan marah. Dada sebak beb sebak. Hilang semua semangat.  What kind of learning is this !! 

Awak tahu tak. Apa feelings org yang mmg bodoh sesuatu. Suddenly ada azam nak change. Tiba2 masuk, orang tak sudi ajar dari awal. Bila tak dapat jawab, anggap kita sangat bodoh. "Haih. Takkan itu pun tak tahu"

Kita tak boleh expect tahap seseorang student tu. Ada problem bahagian mana. Ada tak boleh pick up celah mana. Awat nak straight sangat? Process tuntut ilmu boleh mula dari awal bila² masa. Bukan setakat nak bandingkan menengah dan universiti. Spm dan diploma. 19 tahun dan 20 tahun. 

Kita lihat orang yang mengaji alquran. Kalau yang datang mengaji umur 30 tahun yang masih belum tahu huruf alif ba dan ta. Adakah seseorang muallim itu terus ajar kepadanya tajwid? Atau terus kepada hukum hakam? 

Malaysia perlu terdidik dengan pengajaran ilmu berulang tapi berkembang. Maksudnya, pelajaran yang lepas perlu terus diulang² supaya student mampu untuk remind. Dan separuh dari silibus pula tajuk² baru yang belum diketahui student untuk perkembangan ilmu. 

Aku bukan nak menang atau kalahkan sesiapa. Dulu, bodoh juga bahasa inggeris tapi sebab banyak kali jumpa pemberi ilmu yang sangat rendah diri dan sabar. Hasil akhirnya boleh nampak jelas pada aku.  Ada sesetengah pihak bila sudah mahir dalam sesuatu bidang dia juga expect orang lain juga mahir dalam bidang itu. Lalu dia akan berkata "Sebab kau tak usaha. Sebab kau tak belajar". Disini situasi yang kita perlu faham, tahap brain manusia bukan sama, ada kemahiran memang sedia ada ada juga kemahiran yang dia perlu dilatih. Ada kemahiran manusia lain ada tapi dia tiada. Semuanya vice versa. Ada bodoh ada pandai. Ada cepat ada yang juga yang slow. Menuntut ilmu realitinya memang begitu. 

Ilmu adalah Allah yang punya. Dia beri, bila dia nak beri. Dia tak beri pada orang lain supaya orang lain dapat ilmu itu dari manusia yang sudah diberi ilmu. 

Ya Allah, tolonglah tunjuk jalannya. Tolonglah........



All Written by JannahSutikislan