20151224

Ilmu Blocked


Alkisah,
Masa awal duduk kuis macam noob. Masuk kuis sebab minat mmg tipu. Ambik law bukan sbb jiwa nak, tapi aku main tekan2 laman web. Aku serius someone yg xde laif time tu. Lepas UIA tolak hasrat aku nak sambung Foundation in English. Santak Merajuk.

“Tukar multimedia, bapak tak mahu tanggung yuran”
Aku tahu abah tak paksa. Tapi sebab bapak sendiri. Sape boleh halang arahan. Maka, selamatlah seorang bekas photographer masuk ke kolej dengan kos syariah jurisprudence. Student SAMUSKD semua suddenly jd wartawan, “kenapa tukar aliran?” . Ya, memang sgt tak masuk akal.

Aku imagine law sini guna BM. Aku dah merajuk dgn English, aku harap tak kearah itu lagi sebab akan pulangkan balik memori kekecewaan time kena tolak dulu. Bila aku masuk First class of the first year and first experience ever. 70% subject in Arabic. Aku tak jerit dan Tak terkejut untuk itu. I have no feeling. Sebab takde arah tuju. Memang nampak aku tak kisah apa jadi in the future. Semua "lantak".

And first year dah kena hafal certain surah. And Minggu pertama dah kena tasmi' jawapan tarikh tasyrik. For student yg interest in arabic hafal hafal ni something yg klise. But for a student yg interest in english language?  Kau rasa? Apa jadi?

Kawan semua dah tunggu depan bilik ustaz, dah terhidang dengan hafalan. Aku masih depan buku dalam bilik termenung. Dan malangnya tak start menghafal langsung. Kau kena faham org takde minat memang macam ni. Macam Undead. Kau goncang pun dia tak sedar. Aku try hafal satu satu huruf. Macam baru baca alif ba ta. Entah kenapa satu benda pun tak masuk.

Lastly, aku dapat berita ramai yang dah selesai tasmi'.
Aku terus mula rasa gelabah. Biasalah org bajet heroin mmg aura dia dtg lambat. Aku try hafal kasi hadam. Dua perenggan, hanya aku hafal satu baris. Aku rasa lost macam tak ada tuhan.

Untung aku duduk sorang dalam bilik. Roomate lain ada kelas. Kalau tak. Sorang dah terbunuh.

Aku tunduk kecewa. Kenapa aku teruk macam ni?. Aku tak marah dengan siapa siapa termasuk diri aku sendiri. Tapi kau pernah rasa kau pijak bumi tapi tak rasa tanah?

Hati time tu tengah mati. Ilmu tak masuk. Sebab?  Tak ikhlas. Other than, banyak sangat layan maksiat dunia.

Fed up. Aku sebat tudung endon. Aku kibas sweater. Aku keluar bilik hentak pintu. Tangan aku masih melekat buku tarikh tasyri' cover putih. Aku cari port belah beranda yg tak hadap laki. Aku letak buku atas tembok sambil hembus nafas perlahan. Terngiang muka ustaz Misbah.

“maaf ustaz, saya tak pandai, saya dah cuba buat yang the best utk faham tapi... ”

Aku bisik sendiri sambil gigit bibir. Tanda geram sangat dah tu. Aku tahu aku sendiri percaya aku orang paling kuat dalam dunia aku. Ya dunia aku. Korang tak perlu ambik tahu. Jadi, aku tahan untuk menangis terhadap benda small matter macam ni. Ego aku sangat tinggi. Selagi tahan aku tahan. Aku nak contohi kekuatan Saidatina Khadijah yg unggul tu. (Even never can be).

Aku terus menghafal.  Mungkin terlalu take time untuk orang bodoh arab macam aku ni nak selesai hafal. Sampailah aku dapat calling dari Syair. Aku kawal suara biarkan still ayu asalkan tak nampakkan gabrah aku.

“Hello?”

“Mana? Classmate kau semua kat sini”

“Kau mana? Dengan siapa?”-Memang sengaja aku tak jawab soalan tadi.

“Tunggu turn masuk, ramai beratur tadi. Dengan Aida. Kau?”

Try turunkan ego. “Aku...  bilik ”

“Mai lah turun, ustaz kasi masa sampai 12 je ni”

Aku perempuan. Faham ketahanan aku dalam menahan si ego. Kalah cepat.
“Syair....Aku tak bolehlah”

Aku tahan air mata. Tapi suara aku nampak sebak.

“Kau boleh jannah. Boleh!"

Mungkin terlalu sensitif bila ada orang concern masa genting macam ni. Syair senyap sekejap. Laslty Air mata aku dah keluar setitis. Ego masih berbaki.

“Aku dah try syair, tapi still tak masuk otak. Aku dah give up ni. Aku macam tak sanggup nak  tasmi' dengan otak kosong camni” aku rintih.

“Jannah,  kau dengar sini. Ramai yang tak hafal semua, but dyorg turun nak cuba tasmi',  Ustaz akan tolong mark, Mai lah turun aku tunggu ni”

Aku terus senyap untuk fikir sekaligus cover sedih. “Aku banyak kali hafal, tapi tak boleh”

“Jannah.... ok try kau fokus betul betul kat setiap perkataan tu, try baca,  hafal satu satu. Yg penting fokus dulu. Fokus sampai masuk otak”

Ya Rabbi, Concern betul dia nak aku sama -sama berjaya.

“Em. InsyaAllah.  Aku try.”

“Turun tak?”

"15 minit lagi”

Off.

Aku ikhlaskan jiwa dengan Rabbi. Aku tahu itu saja pengharapan terakhir. Lepas member? Siapa lagi tinggal? Allah. Teruk betul. Sepatutnya kau dahulukan Allah. Aku minta ampun dosa besar atau kecil aku. Aku faham itu yg block hati aku hingga susah nak terima ilmu. Aku tarik nafas dalam dalam. Aku tutup telinga kanan. Sambil tangan belah kiri pegang hujung buku.

Aku baca sekaligus tiga kali. Aku tutup buku. Aku baca selawat. Aku kembali ke bilik untuk bersiap.

Aku ada member lahir bulan Ogos. Memang jenis someone yang takkan satisfied until she/he is doing the best from the best. Kalau tak? Dia akan down tanpa ubat. Aku sendiri tengok kawan2 lain yg lahir bulan Ogos. Memang fee'l dia keras kepala dalam kejar impian. Diri sendiri sakit? We dont care anymore. Sebab Ogos baby, suka bikin imaginasi dan minat dengan visual. Aku rasa tak rugi kahwin dengan kawan-kawan lahir bulan ogos. Jiwa dyorg besar. Ya, aku tak cakap psal aku. Aku cakap pasal member yg lahir bulan Ogos.


Aku keluar bilik ustaz dengan senyum tak cukup gula. Kawan tanya “Camne? okay?”. Aku jawab. “okay je”. Aku dapat jawab semua soalan. Cuma aku tak happy. Sebab aku tak hafal penuh.  Kenapa usaha kau suka sangat hidup sekerat?. Aku perhati diri sendiri. Mungkin, Jiwa tak redha lagi.

Aku capai fon.  Aku call akak Yana. Aku luah segala, aku menangis kecewa puas-puas.

Aku tak suka jadi kalah dengan diri sendiri. Memang mula-mula aku rasa "lantaklah apa nak jadi dgn future aku". Itu sebab ego. But word "lantaklah" tak pernah wujud dalam kamus hidup JannahSutikislan bilamana dia sedang faced dengan kerja atau babitkan tanggungjawab. Walau sekecil kecil perkara pun di amanahkan buat kita, we must do our best. If i can't do it, i will go mad. Tak perlu baca yang ni pun okay.

Same goes to you too.. bila aku cakap.
“lantaklah kau nak contact dengan siapa pun, kau nak keluar dengan mana mana orang pun, bukan hal aku” 
You know what i mean. Vice versa. I really concern actually.  Kau enjoy lah keluar. Aku okay. Kalau aku tak tahan sakit nanti, aku peluk bantal aku nangis sendiri ngadu kat tuhan.

After a year in this kind of program yang sangat incridible. Laslty, aku berjaya continue sampai semesta 4 dengan pointer yg cantik-cantik. Aku tak kejar pandai.  Sebab tu bukan aim aku. Kalau aku usaha keras pun, Allah tak bagi 4 rata. Its okay. Itu takdir.  Mungkin itu flow kejayaan kita. Aku dapat hadam ilmu dengan baik dah kira cantik.

Kita study bukan nk pandai atau looking so nice so brilliant so whatever, kita study sebab nak study. Study about a life. Study tentang why must Allah create us in this world?. Sebab nak jadi seorang pemikir. How? Melalui apa yg kita belajar dari apa yang diajar oleh orang yang pakar. Sebab kalau kita tak belajar, kita serba tak tahu, dan kita tak kenal betapa hebatnya Allah. Supaya kita taa'jub dengan keluasan ilmu yang Allah kurnia. 

Bagaimana ilmu hisab yang sangat complicated akhirnya mendapat satu penyelesaian melalui satu formula sistematik. Bagaimana ilmu perundangan ada pelbagai jenis hukuman-Hudud, Ta'zir, Qisas atau Diat yang ada peranan sendiri dan ada nilai setiap satu. Ada pula menerangkan tentang Masadir sumber sumber hukum tersebut asalnya berbalik juga pada Al-quran. Padahal, semua yang ada sebenarnya berputar dan berkaitan juga dengan Al-quran. Sejarah manusia mahupun sejarah anbiya' bagaimana Nabi Adam dihantar ke dunia dan bagaimana para jahil mentafsirkan sedemikian? Akhirnya, yang benarnya tetap pada wahyuNya, Al-quran. Allah, hebat ilmuNya.

Ini maknanya, aku tak pernah menyesal untuk berada disini. Walau belajar sukakan arab itu sedikit pedih sebab masih tersisa jiwa english accent (elleyh) yg ngarut ngarut tu. Cuba berjinak dengan Arabic. Lagipula,  kita takkan rasa menyesal belajar ilmu-ilmu Syariat, yang perlukan untuk kita telaah kitab-kitab para ulama' dan imam-imam hebat. Belajar hukum hakam yang realiti bukan buatan manusia. Segala kalamnya terasa Indah.
Kalaulah tak disini? Aku jangka aku akan terbawa hanyut nikmat yang lebih kejarkan dunia. Tak terbawa apa-apa bila Mati.


"SAYANGNYA ALLAH PADA KITA" . Terima kasih Allah. 
All Written by JannahSutikislan