20160115

Balik Rumah


Masalah seorang penulis adalah mereka selalu stuck nak buat intro. Isi memang dah get. Yang jadi masalah bila fikir nak start dari mana. Percayalah, penulis ni otak dia complicated. Bila kita fikir satu idea, banyak ranting idea lain nak sambung. Sampai tak cukup folder dalam otak. Tapi bila dah open laptop, otak jammed nak taip mana dulu.

See? Cukuplah itu menjadi pendahuluan. Ya, aku faham tak da kena mengena langsung dengan isinya nanti.

Sempena dengan Hari Maulid Nabi, So, Kolej cuti sampai hari minggu. Aku bukan jenis yang homesick. Kalau tak balik sebulan, aku still boleh go on dengan life di Kolej. Bagi aku, aku tak menyesal untuk terus tinggal di tempat manusia timba ilmu macam ni.

“Jannah tak balik?” - Roomate

“Entahlah. Mungkin”

Aku selalu bagi jawapan yang boleh buat orang curious. Sebab diri sendiri tak pasti nak balik atau tak. Bila ibu tanya nak ibu ambik atau tak, aku tunggu saja jawapan dari Akak Yana. Kalau dia kata kena balik. Aku setuju je. Kalau dia kata sebaliknya. Aku okay je untuk terus stay katil kolej.

Aku kadang hairan dengan orang yang balik tiap minggu. Ya, angkat kening bila assignment discussion terpaksa kena cancel sebab one of the member tak dapat hadir. Nasihat aku, Kalau tiada kepentingan elok stay untuk terus focus dengan study atau apa-apa kerja di Kolej. Sebab jealous tengok member asyik balik rumah, pernah aku uji diri sendiri untuk balik tiap minggu. Jannah kan, dia memang curious person and mudah nak cuba. Aku balik tiap minggu, dan aku tak nampak apa-apa yang benefit melainkan lepaskan rindu pada Family yang busy ni, yang aku nampak jelas- aku menjadi over pemalas- main game, kerap online sebab internet rumah laju, keluar jalan tanpa keperluan (enjoy) dan makan kasi gemuk.

For sure, aku pernah bawa semua kerja atau buku-buku reference for each assignment balik rumah. Aku angkut semua sekali. You know what happened lah kan, tak sentuh satu pun. Buat berat beg bawa semua buku dan kitab-kitab kononnya nak gigih done kan everything. Tak berhasil.
Aku kadang rindu masakan ibu atau bapak, aku akan cari kat kedai.

“Gais, harini kita cari lauk sayur peria yang pedas kat atas”

“Buat apa?”

“aku ngidam. Ibu aku suka lauk tu”

Sampai satu tahap kawan buat muka pelik bila tengok aku tuang dekat 4 jenis lauk atas pinggan certain times.

Nanti aku akan gelak kecil dan start cerita.

“Yang belah kiri ni lauk ayam campur cili, Favourite bapak aku, selalu dia masak sendiri”

Sambil aku tunjuk lauk- “Haaa.. yang ni sayur ubi santan pun ayah aku minat, yang ni tumis peria, mak aku punya style”

Kawan kacau- “yang ayam masak merah tu?”

“Hahahaha aku punya lah!”

Mostly makanan diyorang makanan kampung dan diorang selalu ajar aku untuk makan simple-simple macam ni. Senang nak hidup katanya. Aku ni anak paling degil dalam keluarga, kadang sanggup aku masak lauk lain untuk puaskan diri sendiri. That’s why aku reti masak sedap-sedap.

Sejujurnya, aku tak pernah minat lauk yang diminati parents aku. Kat rumah, kadang aku cicip sikit je. Sebab memang tak boleh masuk dengan lidah. Tapi, since kita duduk jauh macam ni, makanan favourite diyorang yang kita idam dan paksa masuk mulut sebab nak hilangkan rindu. Elok je tiba-tiba rasa selera dia naik tak macam dulu. Sebab apa? Kita belajar tentang ikhlas.

“Ibu, sihat?”

“Alhamdulillah sihat <3 ”

Aku faham sekadar whatsapp atau mesej tanya khabar tak cukup sebagai seorang anak dan ibu. Kadang aku sibuk urus paperwork sana sini sampai lupa nak call atau give a message pada parents. Tapi before tidur, nampak ibu send gambar yang biasanya ada kata-kata semangat atau motivated, lagu-lagu nasyid, video kelakar dalam group family- aku faham ibu dalam keadaan sihat. Aku senyum. Aku tengok jam 12.30 am, biasanya family dah tidur waktu ni.

Akak pernah nasihat pada aku,

“Jangan susahkan ibu bapak kita”

Selagi boleh untuk tak susahkan parents, jangan berani susahkan. Aku pernah nak ambik lesen untuk pandu sendiri dengan kereta ke kolej. Tapi aku segan nak minta duit abah untuk biaya lesen sendiri. So, aku tolak hasrat aku tu walaupun aku percaya kalau aku minta dengan innoncent face abah tetap akan hulur.

Kali ni, akak dah reti pandu kereta. Abah tanya.

“Nak bawa kereta ke?”

Akak selalu takkan bagi jawapan. Sebab dia ni jenis yang naif depan parents. Bagus kan? Tak macam aku, suka defend diri sendiri.

“Tak payah lah ya? Nanti duit minyak lagi”

Abah cool. Dia bagi jawapan sepatah. Seribu orang dah boleh angguk faham. Ok, sekarang kau curious antara takut atau pura-pura faham. Eh, sukahatilah aku nak tulis apa.

So, terpaksalah kami harapkan parents untuk ulang-alik hantar ke kolej. Abah ni kerja tiada cuti. Ada client datang, dia jumpa je direct tak tentu masa dan hari. Ada kerja kena buat, dia buat all time kadang sampai lewat malam, asalkan siap on the time. Jadi, sebelum nak balik kena tanya slow-slow. Free bila? Tapi jenis parents aku, dia free or not dia tetap akan ambik. Misalnya, dia nak meet kawan time pagi, dia akan kosongkan time petang atau tinggal semua kerja untuk pick-up kitorang. Kalau Ibu ada kerja kemas-kemas tadika atau usrah, dia pun akan cancel untuk teman abah. Susahnya jadi parents bukan takat berbahagia di awang-awangan dengan indahnya cinta, bergelongsorkan pelangi. Tak, tanggungjawab lagi berat daripada membujang ni. So, jangan terhegeh-hegeh sangat nak kahwin.

Disebabkan rasa bersalah yang maximum ni. Kami kadang teragak-agak nak minta izin untuk balik. Maka jadilah manusia yang diperap didalam bilik kolej.

Aku yakin hikmah Allah beri. Sekurang-kurangnya kebosanan dalam bilik tu boleh fokus dengan revison atau siapkan assignment. Sekurang-kurangnya keseorangan dalam bilik tu boleh muhasabah diri sendiri dengan Tuhan. Sekurang-kurangnya kepishangan tu boleh khatamkan semua koleksi movie English yang berupaya cuci minda tu. Aik? Hahaha

To those yang jarang pulang kampung samada rumah jauh atau memang jenis yang tak suka balik rumah. Its okay for that. Tak rugi pon stay tempat mulia macam tu, tempat penuntut ilmu kut. Guna masa sebaiknya. Awak akan dapat fokus study yang lebih baik dari orang lain yang dah lalai duduk rumah tu.

Tapi ada masa lapang, terus balik jumpa parents. Masa bujang ni lah kita banyak masa lapang. Nanti dah beranak-anak susah nak jumpa ibu ayah cuz lack of time. Tapi in the same way, jangan pula isi dengan perkara tiada manfaat. Jumpa parents sekejap je, banyak luang masa kat luar. Kalau macam tu, baik tak payah balik. Kita rapikan niat betul-betul.


Fihifzillah sayang.





All Written by JannahSutikislan