20160525

Tunggu




"Kenapa kau mesti tunggu"

"Kau ingat sayang ni boleh dibeli beli ke?"

"Dah sah sah haritu ada khabar dia suka budak lain"

"So? Apa kaitannya?"

"Jangan berharap. Nanti kau sakit"

"Aku tak pernah kata yang aku harap. Yang aku buat cuma tunggu"

"Dia tahu yang kau dah tahu?"

"Ada baiknya dia tak tahu semua yang aku tahu"

"Kenapa?"

"Dia bukan suka ambik tahu pasal aku"

"See? Orang macam tu kau pilih?"

"Orang macam mana? Judge manusia secara  gegabyte dan terabyte bukan tugas kita"

"Kau ni baik. Baik lagi dari aku. Dating xpernah. Ikhtilat pun kau jaga. Aku tak nak kau pilih orang yang salah. Aku sedih"

"Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Dan sebaliknya"

"Hmm. Kalau dia betul-betul dah declare macam mana?"

"Bila Allah kata kunfayakun. Maka jadilah"

"Maksud kau?"

"Dan apabila Allah kata tidak terjadi jodoh antara mereka. Maka, tidak akan pernah"

"Astaghfirullah. Kau kena belajar lepaskan"

"Aku dah lama lepaskan"

"..."

"Aku tak buat apa sekarang. Jadi, apa kau nak risau?"

"Aku risau pada kau je. Banyak sangat kau sakit"

"Sedangkan pujian yang berupa nikmat itupun jika dibuang huruf p akan menjadi ujian. Maka, apatah lagi pada aku yang jahil"

"....."

"Surah an naba' ayat ke 8 , dan mana mungkin Allah itu kejam akan hamba-hamba yang memohon doa kebaikan setiap hari?"

"Tahu. Kenapa dia? Jangan buta. "

"Doakan semoga aku tak buta hati, dan mula reti melihat dengan akal"

"Kau nak kemana?"

"If kau tahu preparation kau belum ada. Baik lagi kita pergi study dari fikirkan benda ni"

Ya Allah. Semoga aku tidak akan sakit keatas perkara yang sia-sia.
All Written by JannahSutikislan