20160712

Kenduri



Semua beradik dah balik kolej dan buat hal masing2. Cuma aku dan adik bongsu yang tinggal. Adik bila dah dapat skuter mini cop snowwhite, memang dah syok sendiri. Cuma aku dan bapak duduk semeja didapur masa ni.

Bapak kata "Alhamdulillah, kenduri yang second ni mudah sikit" .

Aku senyum.

Dia sambung "Mudah sikit sebab dah tahu selok belok "

Memang knduri kahwin abang dulu agak kelam kabut. Ada part yang serba tak kena. Biasalah. First event. Masih tak reti bajet satu persatu. Lagi pula, dulu sepenuhnya diurus oleh ayah. Bajet pun ayah sorang tanggung. Berhabis 1.5k juga haritu. Ya Allah. Kesian pula.

"Lagipun, bapak sorang yang fikir semua benda"

Memang pun. Bajet makanan. Tetamu. Lauk. Cenderahati. Semua bapak yang plan. Sekian lamanya, baru harini dia jujur yang dia letih.

Aku balas "Lepasni, kita bahagi-bahagi lah pak. Masakan, bahagian ibu. Bajet dan tetamu bapak pula"

"Haih" Bapak mengeluh lalu meneruskan suapan nasi bersama lauk sayur campur, ayam kentucky dan sambal petai aku masak petang tadi.

Dah besar panjang macam ni baru aku faham perkara-perkara begini. Dulu, masa abang kahwin (sudah hampir 2 tahun lepas) kami semua perangai budak-budak. Cuma uruskan bahagian hantaran selebihnya serahkan pada bapak. Nak part yang syok syok je.

Silap.

Dapur belakang cuma singgah sekali dua. Apa yang kurang apa yang lebih pun dah terlupa. Sedara mana yang datang pun sedar tak sedar.

Orang kampung pula bukan jenis duduk potong bawang senyap atau borak pasal masjid ke pasal ummah ke en. Duduk kelompok je, makcik makcik ni dah buka cerita pasal tuan rumah. Kalau pengurusan elok, moleklah syarahnya. Kalau ada yang slek, cepat pula tersebar sampai ke khemah depan. Aku yang dengar, tahan je. Sampai satu masa tu tak tahan then masuk bilik menangis-nangis sebab rasa macam maruah keluarga tercarit sikit. Aku ni dah lah jenis husnudzon dengan semua orang. Paling takut bila org pecahkan kepercayaan kita bagi. Takut esok, aku tak percayakan dia langsung dah.

Kita kena faham jannah. Tak semua orang punya sifat macam kita :)

Untuk yang next, nak buat paling smooth. Dah join banyak program ni rasa okay sikit kut nak urus sendiri. Diri sendiri boleh dah jadi protokol, teknikal dan makanan untuk event family sendiri. Tak payah susahkan parents. Good luck.

Kan senang guna katering. Memang lah senang. Tapi adat kampung sini merewang. Lagipula bapak suka ramai2 datang tolong, kenal masing2 dan dia kata, lauk air tangan orang kampung lagi sedap. Baru feeling kenduri katanya. Bapak aku ni lain macam. Samalah kut dengan anaknya. Bapak kata, nak buat sesuatu kena ada manfaatnya bukan sekadar nak mudah semua benda semata-mata.

Panjang lebar bapak cerita buat aku terimbas semua.

Entahlah. Bapak kalau duduk berdua dengan aku. Semua cerita dia buka.

Tapi bila ada sibling aku yg lain, dia duduk senyap je. Ada jugalah cerita, tapi tak serius macam ni. Pelik juga.

So, Aku harap ni bukan petanda aku akan kahwin dulu. Oh no.

Jadi kahwin paling last pun okay. Duit dah sama2 banyak. Ibu kata event kedua ketiga tak ramai tetamu dah. So, jimat bajet. Hahaha .

Tapi aku ni ramai kenalan. Payah juga ni.

Poyo nya. Lol.

Aish. Jauhnya fikir.

Alah. Dulu masa seawal umur 7 tahun lagi cikgu dah sibuk tanya besar nanti nak jadi apa? Aku yang dah nak masuk 20 sebulan lagi ni, takkan nak duduk senyap tak start apa apa?

Ehem. Aku terlebih awal fikir atau orang lain yang terlambat fikir?

All Written by JannahSutikislan