20160722

MATANG



Aras matang

Kadang ada waktu. Aku sendiri pun tak sedar dengan apa yang dah terjadi dengan diri aku. Tunggu saja sehingga manusia lain yang kata aku begini dan begitu. Masa itu baru aku sedar perubahan yang aku alami sekarang.

Kalau dengarnya baik. Alhamdulillah.
Kalau tak sedap di telinga. Istighfar untuk diri sendiri.

Throwback.

Raya itu hari. Geng F7 (group gangster masa form 3 haha) ada ghathering. Memang wajib setiap tahun buat baraan. Cumanya, mesti ada salah sorang yang tak ikut sebab hal penting keluarga. Dan kebiasaannya, yang join adalah orang yang sama. Biasa dah. haha.

Macam selalulah. Dah datang rumah orang mesti kena tanya perkembangan masing2. Kami pun borak punya borak dan secara tak sengaja kami masuk topik study.

Anis: law nanti sambung mana?

Anis ni budak Ukm. Dia memang star dalam akademik. Sebut je nama dia, orang kata dia champion. Pernah ada satu tahun tu aku duduk sebelah dia masa form 2. Kira top 20 juga semua geng F7 termasuk aku dan ofkos dia paling atas. Sekarang, dia ambik degree undang2 di Ukm. Banyak selok belok study di ukm yang dia kongsi. Berkenaan subjek dan sbgainya.

Aku: Syair? Kalau kau?

Syair: Entahlah. Tak tahu lagi jannah.

Syair or syaira ni, member sepanjang hayat. Hahaha entah kenapa dari aku form 1 sampailah kat kolej memang kami dipertemukan. Fate betul. Cuma ada satu tahun form 4 kami berpisah sebab dia transfer ke SAMBEST. Bukan dia je. Semua geng aku transfer ke sekolah hebat hebat. Aku sorang terbaki di sekolah kat kampung seberang ni. Dari situlah bermulanya zaman kegelapan aku. Haha ayat. Tapi kami berjumpa balik kat KUIS dengan kos yang sama, tapi kelas berbeza. Sebab aku datang mendaftar lambat. Sedih betul.

Aku tanya macam tadi tu bukan bermaksud aku nak ikut bayang dia. But aku rasa pendapat orang itu sendiri akan membantu aku buat keputusan. Syaira pula jenis suka fikir sendiri dan buat keputusan sendiri. Macam itu hari, punyalah nak ambik lesen sama. Lastly, dia inform aku dah seminggu lebih dia start belajar. Aku pun cari bayang sendiri dan bergegas selesaikan test jpj di akademik lain.

Ini baru namanya, Berjaya bersama, tapi bayang sendiri sendiri.

Aku:  Tapi anis, if nak sambung syariah law sana kena tambah diploma syariah satu tahun kan? Kemudian baru degree law.

Anis: ha ah.  Memang macam tu.

Aku: if aku ambik kuis. Jimat masa aku. Makan 2 tahun sahaja, aku dah selesai degree.

Member lain: Takpelah. Janji belajar.

Aku: Kalau aku kat Ukm. Aku makan 5tahun lebih untuk selesai degree. Tahun bila aku nak married?

Semua member dah senyap. Dan mula gelak. Ada yang terkejut beku. Aku sendiri tersenyum.  Aku pun konfius yang aku buat lawak jenis apa. Atau mood aku tengah serius. Suasana senyap.

Sampailah ada member yang tegur aku.

"Hey jannah dah matang lah"

"Macam makcik2 dah ko ni"

"Bagusnya. Dah fikir masa depan"

"Aku tak macam jannah, semua dah fikir awal2. Bagus betul"

That time aku pula yang segan sendiri. Hahaha

Sampai ke akhir baraan kalau tuan rumah sebut pasal perancangan masa depan, semua dah start highlight nama aku. Aduhai.

Hahaha

Cuma. Ada ayat dari dua cikgu yang aku rasa sangat support aku haritu.

Pertama. cikgu ozie.
"Haritu. Saya dengar si fawwaz ada buat bisnes. Baguslah dia ni. Untung tau siapa yang dapat dia. Dah siap siap kumpul duit untuk masa depan"

Even ayat tu bukan dituju buat aku. Tapi aku dah rasa nyaman sikit bila ada orang lain punya pemikiran yang sama seperti kita.

Kedua. Ibu kepada wafa'.
"Awak ambik syariah law kan? Bagus tau. Sebab pegawai syarie kebanyakannya product dari budak law kuis. Peluang kamu sangat luas"

Anggaplah, itu seruan kepada diri sendiri bahwa, jangan keluar dari kuis bila nak sambung degree nanti. Hahaha

Cerita pasal lain.

Masih ingat juga. Ada junior yang hantar mesej malam raya, biasalah wish raya kan. Dia punya wish panjang lebar dan boleh nampak itu bukan copy paste.

Aku taip "selamat hari raya maaf zahir batin juga :)"

Kemudian aku sent.

Nak tahu apa dia reply?

"Akak, itu je akak reply hahaha. Em, Dah matang dah kan. Faham"

Aku pun tak faham apa kaitan, tulis sikit dengan dah matang. Hahaha tak related langsung.

Jenis aku, aku cuma tulis panjang lebar untuk someone yang aku rapat, yang aku hormat, yang aku appreciated. Makin aku appreciated someone itu, maka, makin panjang lah mesej aku.

Walaupun merepek.

But, tak da kaitan pun sebenarnya, akak tulis pendek sebab matang. Tapi, sebab akak tak tahu nak taip apa if awak tak ada salah apa-apa.

Dan, fikir pasal masa depan ni tak boleh buat sambil lewa. Sebab, kehidupan akhirat pun kategori masa depan. Sebelum kita lalui kehidupan selepasnya, kita hadapi zaman kehancuran dan peperangan dahulu jika panjang umur. Pada masa zaman itu muncul, entah siapalah kita pada saat itu.

Bekalan sekarang ini yang menjadi platform untuk esoknya. Kamu tak rasa. Tapi cucu cicit kamu yang akan rasa keindahannya.

Goodluck.
Allah itu Maha Bijaksana. Sebab itu dia juga menjadikan manusia punya akal yang pintar.



All Written by JannahSutikislan