20161125

SOME FACTS ABOUT LAW STUDENT



"Law is not about pakai kot nampak lawa nampak segak. Jalan mendabik dada bajet hensem bajet cantik. Bukan setakat itu."



Jika itu yang orang luar nampak. Maka, semua tu gambaran luaran yang membutakan. 


Apa yang berlaku dibalik tabir?


Subjek-subjek yang memerlukan fahaman yang dalam. Dan boleh aku jamin, memerlukan pembacaan karangan berperenggan satu persatu. 


Memerlukan daya otak yang kuat untuk ingat dan faham. 


Hafal. Faham. Hafal. Faham. And never end. Pahtu mereput.


Kena Rajin dan kalau malas. Kau failed.


Dan pembelajaran yang sentiasa membosankan hidup aku. 


Sorry guys ayat atas ni macam teruk je. Haha 


  • BAWAK BUKU MASUK EXAM


Mungkinlah, yang membezakan. Sebab kitorang belajar subjek yang rare. Pasal undang-undang negara pulak tu. Lepastu masuk exam bawa buku dua tiga buah. Masa exam boleh selak-selak sambil angkat kening kat student kos lain. 


Ni lah aku nak cerita, 


Buku tu adalah enakmen atau akta yang ada senaraikan seksyen beratus ratus. Korang pernah dengar kan? Polis selalu cakap atau pembaca berita selalu sebut “Disabitkan kesalahan dibawah seksyen 45 akta jenayah bla bla bla….” If ada soalan berkaitan dengan seksyen itu kami akan refer buku tadi. 


Actually, buku-buku tu bukan guna sangat pun. Just sebagai rujukan. Tapi kalaulah buku tu hilang atau lupa bawa exam, kira kami mati akal juga. Sebab orang gila je hafal butiran berjela-jela dalam akta. 

  • SALIN KARANGAN SAMPAI JARI BENGKOK

Untuk menjawab soalan, kitorang kena salin dua tiga perenggan sampai tangan patah. Jari jemari dah bengkok-bengkok bila habis menjawab. 


Ikut pensyarah jugalah, ada pensyarah suruh tulis bulat-bulat dalam buku. Itu bala namanya. BALA KUBRO. Kejang jari itu kau punya pasal. 


Ada juga pensyarah suruh ringkaskan. Itu kira rezeki dan berita baik buat kitorang. Sebab boleh goreng guna ayat sendiri. Tapi jangan sampai hanguslah gorengnya. Goreng ayat tu goreng lah jugak tapi jangan sampai salah tafsir ayat dalam buku. Sebab if korang nak tahu, ayat dalam buku akta sangat pelik dan tonggang terbalik, bukan sembarangan orang boleh tafsirkan. 

Thats why even kitorang bawa buku, kadang ada je jawapan yang salah. Sebab tak matching dengan seksyen yang dinyatakan. Nak faham seksyen pun take time. So, mana-mana student yang tak study seksyen siap siap before masuk exam memang habis masa mencari seksyen je. Tu punca fail. Ops. 

Menulis berhelai-helai dan terpaksa jadi macam robot lepastu masa yang diberikan tak pernah cukup. Benda-benda macam ni yang paling kitorang benci. Puih. Haha 

Tambah pulak dapat lecturer yang muka ketat. Tengok carry mark semua angka sikit sikit. Bukan kedekut gais , tu namanya berjimat cermat. What the fish.


  • TULISAN SAMBUNG-SAMBUNG

Itu belum kutuk pasal tulisan. Page pertama alhamdulillah sangat cemerlang. Page kedua adalah macam belacan sebab banyak sangat cut sentences yang salah. Page akhir sekali macam tulisan berangkai budak sekolah rendah. Ayat last dah macam bukan tulisan. 

Wakakaka. 

Itulah seni namanya.

Actually, Kerajaan perlu untuk provide komputer sebiji atas meja exam untuk budak yang tangan manusia macam kami ni. Baru semangat nak jawab bila tulisan pun kemas je kan. Hehe 

  • CARRY MARK TINGGI TINGGI LAH SANGAT


Everytime keluar carry mark atau final result. Aku ada tanya mark member-member yang dari kos lain. Benda paling rasa bahagia bila diorang reply - 


“Kau en budak law. Result mestilah gempak. Dah lah tu, low mark konon. Gebang je”


Haha. Aku tak tahu nak gelak ke nak nangis. 


Ramai je budak law result dia low mark. Ada yang otak cam darjah satu pun ada. Jangan disangka semua ayam reti berkokok. Ok tak ada kaitan eh? Act, Sama saja dengan student lain. 


Kalau rajin dapatlah hasilnya. Kalau malas tu memang sodaqallahulazim lah. Memang rendah gila mark. Lepastu menyesal. Tengok result berhuhuhu lah kita.


Mungkinlah kadang-kadang jika buat comparison dengan budak lain mostly budak law mark dia tinggi tinggi itu mungkin hasil dari doa korang juga, yang selalu kata “ala, budak law kan result gempak-gempak”.


Alhamdulillah, doa makbul lah tu. Terima Kasih.  :)  

  • BILA PRESENTATION MACAM DR. FADZILAH KAMSAH


Kahkahkah. Ini lawak. 


Betul lah tu. Kami diajar oleh lecturer kami untuk menggunakan ayat-ayat formal bila presentation dalam kelas. Mostly, semua subjek pelukan huraian yang formal kan. 


Rasanya, ada baiknya juga. Student yang dengar akan menjadi lebih fokus dan mudah faham. Semua akan mula serius untuk belajar. 


First dan second sem tu ada lah macam awkward sikit. Rasa macam forum perdana gila. Tapi lama-lama dah biasa. So, dapatlah feeling poyo-poyo sikit bila bercakap tu. Haha 

  • SHOW OFF 


Mesti korang pernah nampak certain law student ni selalu tunjuk muka bangga dekat orang ramai hanya sebab pegang title as a “Law Student”. Yelah, orang lain mana ada pernah masuk court buat simulasi berbicara macam dalam drama barat. Berdebat mulut macam orang bijak pandai. Siap pulak dengan segak bergaya ala ala korporat pakai kot kan. Rasa macam perdana menteri gituw.


So, boleh lah dia ada bahan nak bangga. Tunjuk pada public dan buat hashtag Law student.


Copp! Jangan cuba cedera emosi. 


Benda itu semua tidak aku kata as satu kesalahan. Buatlah perkara yang patut asalkan tak melanggar hukum syarak. Mungkin You gais nak tunjukkan hasil usaha dan buktikan kejayaan you gais yang selama ini ditunggu. 


Time time study ni lah kan kena tunjuk kau pegang title apa. Sebab bila dah lepas study since kau pegang title hakim ke sulh ke peguam syarie ke, kau dah takda masa nak upload semua benda. Siang malam menghadap fail. 


Oh em gi again. 


Lagipula mengikut Amalan Guaman mane boleh sebar-sebarkan gambar diri sendiri sedang beramal dengan guaman dekat orang luar. That time semua kena privasi. Terpaut dengan syarat dan terma.


Oh em gi. 


Korang buat-buat nampak tak nampak je dengan orang macam tu. Biarkan mereka bahagia. Nanti if diorang habis study. Try lah tanya tanya. 


“Sekarang kerja apa? Berapa banyak kes bawak?”


Lepastu if dyorang senyap tu. Means dyorang taknak menunjuk. 


Korang pun senyum lah k. Aherherherherher

Kami ni baik baik saja. Jangan negatif sangat. Korang pun, if dapat situasi macam kitorang akan buat benda yang sama. 

Sekali seumur hidup je kadang dapat merasa masuk court bagai. 


So, bagi chance tangkap lah gambar as a moment dan pembakar semangat for future. So, jangan salah sangka. Kita move slow slow dan berjaya together gether. 

Ok? 


  • MULUT TAK RETI DIAM

Sebenarnya, Antara rahsia terbesar adalah, 


Tak semua law student petah bercakap dan pandai bercakap. Jika dikira ada 100 pelajar kemungkinan hanya terdapat 5-10 orang je yang bijak berkata-kata. Dan paling tidak pun mungkin pelajar yang 5-10 orang itu sahaja yang pandai berdebat berkongsi pandangan. Yang lain pupus kemana? Apa lagi. Sebagai penonton lah. *kenyit mata 


Kira baguslah, 5-10 orang tadi yang mengharumkan nama law student dikhalayak ramai. Lalu, orang ramai pun judge kami ni sama hebat hebat. Ok. Aku dah tahu mana datangnya sumber fahaman tadi tu. 


Pandai bercakap bukan syarat utama duduk dalam kos ini. 

Tapi difikirkan untuk jangka masa yang panjang. Kerjaya seseorang yang memegang diploma syariah law adalah di sekitar pentadbiran mahkamah yang perlu berhubung dengan pelanggan yang pelbagai ragam masalah dan perlu menentukan fail kes jenis apa yang perlu dibuka. 


Manakala, untuk lulusan degree adalah di firma firma swasta atau kerajaan yang semestinya menjadi seorang peguam syarie yang menjalankan khidmat nasihat dan ofkos perlu berdepan dengan Hakim ketika perbicaraan. 


Manakala, jika dilanjutkan ke lulusan master, berkelayakan menjadi pensyarah student undang-undang yang sudah mendapat pengalaman di mahkamah dan firma. Jadi memerlukan kemahiran penyampaian yang tinggi.

Jadi, setuju kalau aku kata, kemahiran berkata-kata dengan baik adalah aset utama pelajar undang-undang. Kira, if korang ada benda tu boleh bantu cerahkan masa depan kerjaya korang. 

Nah, Ada beza antara petah berkata dan pandai berkata. Petah tak semestinya berkesan. Tapi jika pandai berkomunikasi akan dapat menyampaikan maklumat dan pandangan dengan berkesan. 


Petah itu adalah anugerah kepada seseorang dari Allah. Itu rezeki. Tapi kepandaian dapat diasah dengan adanya usaha. Belajar cara-cara berkomunikasi dengan baik dan kemas. Tengok dari orang-orang yang ada pengalaman. Tambahkan ilmu. Sebab mostly kita tak boleh bercakap lancar sebab ilmu yang kita get tak masuk ke otak, so, susah nak keluarkan ke mulut. Cakap main belasah je macam cakap dengan makcik kantin. Bila faced benda-benda formal lidah dah kelu. Orang tak faham kau explain apa. Dah kau pun tak faham apa yang kau nak sampaikan. Tak faham ilmulah puncanya.

So, Lets do and change it right now guys ! 


  • ORANG KATA KAMI BAJET PANDAI

The big problem is - Adakah semua orang yang ambik law pandai? (Some people said)


Aku kurang faham kenapa orang ramai melabel budak law datang dari golongan yang bijak pandai. Tak tahu dari mana datangnya sumber fahaman tu. 


In reality. Kami sama macam student life yang lain. Malah, jika dibandingkan ada banyak baiknya pada student lain.


Tapi, bila timbul isu budak law bajet pandai bila sedang berkata. Aku kira separuh setuju. Memang pun. Tapi tak semua. Ingat ya, manusia punya sifat yang berbeza dari pelbagai sudut. 


Senang sahaja istilahnya, orang yang mudah melatah, sebenarnya orang itu sedang mempamerkan kecetekan akalnya sendiri. Terlalu tergesa-gesa sehingga tak sempat nak berfikir adakah relevan atau tidak dengan apa yang dia kata. 


Namun, orang yang menggunakan perkataannya hanya di waktu tertentu sahaja, adalah lebih bagus kerana waktu diamnya itu digunakan untuk berfikir dan membuat keputusan. 


Cakap banyak ni buang masa. Dan cuma orang yang tak da kerja je yang buat macam tu. 


Kenapa cakap macam tu ?


Bila timbul mana mana isu macam bersih ke kotor ke pasal pentadbiran ke maslan ke brim ke minyak naik ke. 


Dia lah orang yang paling cepat kehadapan putarkan isu. Bagus kan? Bagus do.


Tapi, yang tak bagus nya. Dikala ada pula puak yang membantah pendapatnya, lalu dia terus menolak perkara tersebut secara mentah. Tak cukup lagi gais, dia mengherdik memaki memancung semua idea. Penjelasannya macam halilintar penuh emosi lalu dia terus buat kesimpulan tanpa dia melihat idea kedua-dua pihak. 


Eh kau duduk hutan lah. Dengan beruk. Haha 


Jadi budak law, bukan passport untuk kau cakap ayat-ayat basi. Perlu ada murni dan kejernihan dalam berkata-kata. Kononnya belajar subjek undang-undang buat kau mahir selok belok perundangan negara. 


Teori yang kita belajar dengan benda atas dunia kadang ada beza secara praktikalnya. Apa yang kau faham pasal undang-undang dan even kau dah hafal sebiji sebijan ayat dalam enakmen tapi kalaulah kau tak cakna dengan isu semasa, itu bukan kuasa untuk kau bermaharajalela judge semua benda. 


Kita kena faham situasi melalui teori. Bukan fahami teori lalu kau tak blend dalam kehidupan. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak da buah sedap sedap. Yang ada semua busuk. 


Cukup lah sekali kau lontarkan pandangan kau kepada orang, mereka dengar atau tidak itu cerita kedua. Jangan nyalakan api. Itu perbodohkan diri sendiri. 


Bila di dunia kerjaya nanti, macam-macam saingan manusia kita akan hadap. Bukan dari batch kita sahaja malah dari ipta yang lain. Ditambah pula dengan saingan dari mereka yang sudah bertahun pengalaman. Jadi, bagaimana masyarakat membezakan antara kita dan mereka?


Akhlak gais. Adab kita.


Jangan bongkak sangat dalam berkata. In action, jangan rasa apa kau buat dah cukup betul. Rendahkan diri.



Malas buat penutup meleret-leret. Semoga ia bermanfaat dan tambah sikit pengetahuan korang.

Goodluck uolls in future. Doakan yang baik baik okay. Teruskan mana yang dah dimulakan. 



All Written by JannahSutikislan