20161213

Cabaran Seorang Pengacara Majlis Yang Orang Tak Tahu


Aku rasa macam terlalu cetek untuk borak pasal benda ni.
Umur pun masih muda, jadi masih belum makan asam garam pahit manis kehidupan sangat.
Jadi, anggaplah ia sebagai satu perkongsian cerita.
Bukan untuk diambil sebagai panduan seratus peratus.
Khair, kita mulakan.

BERAPA KALI?

Secara overall, aku pun tak ingat berapa kali aku jadi pengacara majlis. Mula-mula tu boleh lah kira. Bila lama-lama, malas dah. Boleh kira lebih kurang  5-7 kali macam tu. Ada yang under kolej ada yang program luar. Mostly program dalam kolej. Sebab masa dan jadual aku banyak ada kat kolej. Alah, nama pun student sana.

MACAM MANA BOLEH INVOLVED?

Haha. Masa first year kat kuis. First sem tu ada majlis Hari Komunikasi Khalayak (HKK) under subjek wajib. Masa itu ada tawarkan diri untuk ajk lain dulu. Tapi malangnya, dah penuh. Aku ingat nak jumpa Encik Ganing (Lecturer yang incharge) untuk masukkan aku. Kiranya, guna orang dalam lah. Aku memang lama buat kerja macam tu sampai sekarang (haha), guna orang dalam ni lebih dapat bimbingan dan perhatian. Means mereka ni takkan abaikan kau. So function lah kau dalam tu. Tapi minggu tu aku agak busy dengan assignment lain tak sempat nak jumpa. Jadi aku pun malas ambik tahu dan lupakan hasrat aku nak jadi ajk. Tak harap pun. Nama pun tak ada rezeki.

 Sampailah beberapa hari sebelum program tu nak berlangsung. Semua ajk dah meeting bagai. Tiba-tiba member aku kata, diorang tak puas hati dengan MC. Aku just dengar-dengar lah. Malas nak borak panjang lebar. Sampailah satu hari secara tak sengaja ada kelas dengan Najmi (Pengarah) dan Ikhwan (MC 1). So, aku pun tanyalah apa ceritanya yang orang sibuk-sibuk gossip tadi.

Ikhwan pun kata, dia kurang yakin dengan partner dia sebab kurang pengalaman. Aku sajalah kata “Aku tolong sekali lah”. Maksud aku tu tak ada lah serius sangat. Aku just taknak diorang kick mana-mana orang semata nak aku masuk. Then diorang sepakat on lampu hijau. Terus suruh aku jumpa lecturer yang incharge. Entah macam mana, semua urusan Allah mudahkan. Smooth je flow dia. Lecturer tu cuma tengok muka aku, angguk dan terus kata “Good Luck”. Then, kami bertiga terus bincang skrip. Secara kesimpulannya, akan ada 3 pengacara atas pentas nanti. 

Kira noob jugak, sebab tak pernah langsung datang meeting untuk program ni. Tak ada sesiapa tahu aku join, melainkan lecturer, Pengarah dan MC. Bahkan roommate dan member kelas aku pun tak tahu. Actually, motifnya sebab aku khuwatir akan ada yang kecewa bila aku gagal dan itu lebih mengecewakan aku. So, aku tak berani bagitahu orang apa yang aku buat melainkan aku dah berjaya buat benda itu That’s me.

Memang berdebar. Sebab masa tu aku sifar ilmu pengacara majlis. Tak pernah buat betul-betul melainkan belajar melalui pemerhatian sebelum ni. But lecturer debat aku pernah kata

“Orang yang ada bakat ni, mudah. Tak perlu dia berlatih, dia dah ada passion tu. Bila dikeluarkan, dah macam orang ada pengalaman bertahun”.

That time masa aku baru habis perform tugasan debat kat depan. Dia ada tanya, aku ada pernah masuk debat atau tidak sebelum ni? Aku pun geleng lah. Dan itu lah yang dia komen.
Alhamdulillah. Anugerah Allah right?

TAK TAKUT KE ?

Aku manusia. Perasaan takut, gementar itu semua benda yang sinonim sebenarnya. Lagi-lagi bila kita jadi center of the attention. Salah kita akan ada orang gelak. Tambah pulak bila orang akan cuba komen satu persatu.

Firstly, kena berani. Kau tak ada banyak. Kau akan cepat kecut perut. Kau tak ada langsung?. Naik pentas pun tak mampu. Sebab itu orang kata, bukan calang-calang orang nak pegang mikrophone dan cakap kat depan. Berani tu benda yang subjektif. Tapi dalam profesion ni semua jenis berani kita perlu ada. Berani kedepan. Berani cakap. Berani pandang. Berani betulkan silap. Berani cover silap HAHA. Last, Berani nak kena maki dan kena komen.

APA HABIT SEBELUM BERTUGAS?

Aku ada. Dan aku berani kata, semua pengacara majlis ada habit tersendiri. Cuma mereka sorok tak bagitahu orang.

Kalau aku ni agak ekstrem. Aku tak boleh makan. Aku tak boleh minum. Means kalau program malam. Petang tu aku nampak makanan dah rupa macam rumput. Tak ada nafsu makan langsung.

Sebab, setengah jam sebelum program mula. Aku akan muntah. HAHA pelik kan?
Itu cara badan aku. Itu akan jadi pada aku bila dah terlalu push diri sendiri untuk berani padahal Allah jelah tahu, azab malunya macam mana. Bukan aku sengaja muntah. Tapi dia akan keluar sendiri bila aku tengah bersiap mandi. Sebab itu aku tak boleh makan. Kalau tak, benda-benda pelik yang akan keluar. Hahaha. Nanti lepas habis bertugas, aku selalu cari makanan macam orang setahun tak makan.

Ada satu lagi simtem pengacara majlis, yang aku rasa majoriti semua buat.

Pergi ke cermin. Senyum sorang-sorang. Pejam mata. Hembus nafas beberapa kali. Dalam hati, semua kata-kata semangat dah kau khatam dan terkumat kamit. Akhir sekali, tunjuk muka paling macho. Kalau jadi pengacara kau kena acting macho, kalau kau comel sangat, susah sebenarnya. Betul aku kata ni. Sebab bila kau acting comel orang akan jadi meluat.

PERNAH TERSILAP CAKAP?

Normal lah buat silap. Mana ada manusia perfect. Pernah nak tersadung kat tangga. Pernah silap sebut nama YB. Pernah masuk pentas salah timing. Pernah suara tak keluar. Pernah merepek lepastu orang tak faham. Pernah tersasul-sasul. Tu semua, kena pandai cover balik.

APA TIPS?

Simple aku bagi.

Confident. Dan jangan cuba cakap kat orang kau tengah nervous ke takut ke down ke apa. Sebab itu akan pengaruhi mental kau. Tenangkan diri. Dan cuba jauhkan diri dari orang lain. Duduk penjuru dewan dan ingat apa yang kau perlu cakap. Elakkan dari suasana sibuk.

Brainstorming. Means sebelum kau naik pentas kau dah tahu flow keseluruhan. Tentatif kena hadam. Cara aku, aku jenis hafal tentatif dan masa. Sebab itu benda wajib. Bagi aku, tengok kertas beberapa kali ni macam tak berapa professional. If nak tambah pantun, hadith atau kata-kata hikmah, siapkan awal-awal dan letakkan pada bahagian yang lebihan masa.

Ingatan Kuat. Jenis orang mudah lupa ni susah sikit. Bayangkan, kau tengah cakap kat depan, tetiba kau lupa apa kena cakap. Masak kau kena bahan. Jangan risau, Ingat je lah flow program dan perubahan yang dah dibuat. Sebab MC ni dia kira handle keseluruhan, kau kata A. Orang akan buat A. Kalau kita tak ikut plan Protokol buat, mungkin itu kali terakhir kau ada disitu. hehe

Tidak sombong. Mc kena humble dan ceria. First, sebab dia sentiasa connect dengan people back stage. Jadi, jangan mandai mandai nak rasa kita ni betul sangat. Terima nasihat dan teguran. Bila orang kata kau cakap slow sangat ke sengau ke apa, try ubah. Show kebolehan pada orang suara kau pun boleh macam Dato’ Siti ke Aiman Tino ke Charlie Puth. Kahkah. Tunjukkan muka paling baik dan ceria bila berada di khalayak. Itu yang attract orang untuk dengar dan tak cuba untuk ucap selamat malam.

Kertas hanya sebagai panduan bukan tatapan. Banyakkan guna ayat sendiri berbanding ayat yang sedia ada. Beri eye contact pada Vip dan orang hadapan. Jadi, maklumat itu sampai.

Jangan guna ayat pasar. Samada majlis formal atau majlis tak formal. Misalnya, masih kekalkan penggunaan “Tidak” berbanding “Tak”. Gantikan “Macamtu” dengan “Sebegitu”. Elakkan “Aku” gunakan “Saya” atau “Ana”. Kalau nak tujukan kepada kesungguhan program itu, gunakan “Kami bertukus lumus menjayakan program...” berbanding “Saya bertukus lumus menjayakan program...”. Itu adalah salah satu daripada ADAB. Ayat pasar yang sinonim contohnya “Ni semua okay lah~~” cuba kurangkan dan biasakan dengan “Semua masih dalam keadaan yang baik dan stabil. Alhamdulillah”.

Jangan syok sendiri. Sekali sekala sapa audience. “Apa khabar semua?” “Masih dalam keadaan baik?” “Jom kita penuhkan bahagian hadapan....” “Cantik cantik dan segak bergaya semua hari ini” “Masing- masing dah tak sabar menunggu” dan sebagainya. Lagi satu, sekali sekala pandang-pandang ajk bertugas yang ditengah dan belakang. Takut, ada maklumat dan sign yang ingin disampaikan. (Sebab aku geram betul, aku pernah tunjuk sign kat orang depan, dia buat bodoh je. Hahaha)

CARA NAK IMPROVED?

  • Banyakkan membaca. Aku tak suka membaca. Tapi aku bacalah apa yang aku suka. Haa, nampak tak?. Kalau tak ada ilmu pengetahuan, apa yang kau nak cakap nanti?
  • Perhatikan semua pengacara majlis dan cari perkara apa yang kita gunakan sebagai penambah baikkan.
  • Banyakkan join program dan datang program.
  • Jangan jadi pendiam. Sekali sekala kena aktifkan dan tampilkan diri sendiri.
  • Banyakkan tanya sampai orang basi dengan muka kau. Asyik kau Asyik kau. haha
  • Ikhlas bila buat kerja. Jangan niat nak nampak hebat. Nanti Allah tegur melalui bermacam cara, contohnya, tersasulnya kau bercakap, kadang tersadung kat depan, kadang tu tiba-tiba kau blank.
  • Kenal dan Jadi diri sendiri jangan copy cara orang. Kuatkan character sendiri. Bila orang dengar suara dan accent kau bercakap, orang tahu tu kau.
  • Banyakkan tengok Vlog kat youtube yang jenis bagi pendapat dan nasihat bukan lawak-lawak semata.
  • Minum air masak. Kurangkan makan masam. Dan aku bedal je semua makanan. HAHAHA
  • Jaga pemakaian. Bersih, selesa dan tak serabut. Shawl lilit 360 darjah ke baju macam princess ke baju ketat ke sendat ke. Tolonglah, balik tukar. Aku series ni. Basically, aku akan pilih yang paling simple tapi sopan. Baju akan mempengaruhi mental kita. Pilih warna yang sesuai ya. Haa, kau ingat aku selama ni bedal je baju apa-apa? Belajar cara make up yang betul bukan macam ghotic ke mak lampir. Belajar cara-cara pemakaian.
  • Belajar bercakap depan cermin. Ini cara paling berkesan. Segala kelemahan kau selama ni kau akan nampak dengan mata kepala kau sendiri. Try ubah dan biasakan yang baik.

Done ! pertanyaan sudah tips sudah.

Kesimpulannya, Best ke jadi MC? Apa-apa kerja pun akan jadi seronok kalau – Pertama, Matching dengan bakat kau. Dua, Kau mampu buat yang terbaik. Tiga, Kau abaikan rasa letih.

Nak ikutkan letih memang letih. Sebab kau berdiri beberapa jam. Duduk sekejap je. Bercakap lagi. Tumpukan perhatian lagi. Seluruh anggota bekerja. But, Itu semua pengalaman yang certain people je dapat. Itu yang buat kau rasa puas hati.

Mc ni sedikit sebanyak menaik taraf ilmu dalam hidup aku. Semasa aku cari cara nak improved kan cara cakap dan pengisian sebelum jalankan tugas tu. Aku boleh juga manfaatkan untuk benda diluar tugasan. Cara komunikasi aku dengan manusia yang macam acam perangai pun tambah baik. Presentation aku selalu kena puji dengan pensyarah. Bila meeting, aku tak segan sangat nak bersuara. Dan bila jumpa kenalan baru senang orang nak rasa selesa. Ceh, banyak puji diri sendiri je ni. HAHA. Btw, tak ada niat pun.

Cuma nak kata, setiap pengalaman tu akan buat diri kau lebih punya kualiti.

Nasihat akhir, masuk belajar nanti cuba belajar banyak benda selain dari berdepan dengan teori dan akademik. Sekali sekala bersukan. Sekali sekala berprogram. Jadi yang kuli-kuli pun okay. Yang penting ilmunya. Benda yang kita belajar tanpa di adaptasi secara praktikal ni susah nak ubah kita. Sebab teori ni mudah untuk hilang dalam ingatan. Sekali kau hafal. Mungkin esok hilang. Buang masa kan?

Benda yang kau lakukan secara praktikal dan kau tengok secara visual ni akan bagi kesan pada tindakan kau esok hari.

Dan aku takkan mampu tulis semua ni kalau tak ada pengalamannya. Boleh nampak kan?

Banyak lagi kena belajar. Tak ada apa pun semua ni. Cuma keluarkan benda benda dalam otak. So inilah hasilnya.

Semoga manfaat gais.

Gerak luu papewww rogerrrr.

Salam alaikum.



Writting & Editor –
7.30 a.m until 10.00 a.m (2 Hour and 30 minutes)
All Written by JannahSutikislan