20161228

APA YANG PEREMPUAN PERLU BUAT DIBELAKANG LELAKI?



Aku tak banyak ilmu. Tapi ini yang aku sedang usahakan secara senyap hasil dari pembacaan beberapa pakar Physcology dan blog wanita wanita luar.


Untuk perempuan.


Kau perlu mahir dalam semua bidang. Rajin belajar benda baru. Misalnya, jika kau kurang pandai memasak maka rajinkan memasak. Rajin yang aku tekankan kat sini. Kenapa? Ada org pandai masak, tapi malas memasak. Sekeluarga kebulur hari hari makan luar. Rajin masak akan buat kau punya masakan makin sedap saban hari. Takdelah hari hari family kau hadap telur goreng je. Anak kau makan pun maki maki je hati dia. Hilang sudah syukur.




Kedua, menjahit. Satu hari bila seluar anak kau koyak. Takkan kau nk pergi kedai repair?. Jimatlah sikit. Belajar benda basic lah. Jahitan jelujur pon okay dah.




Ketiga, kreatif. Bagi aku seorang perempuan yang kreatif 70 peratus lebih bijak dari perempuan biasa. Sebab bila kau kemas rumah nnti kau sorg yg manage decoration. Kau sorang yang pilih baju anak. Kau sorang yang fikir menu masakan. Bila ada tetamu datang, dia reti nak layan ikut kekreatifan dia. Perempuan yang kreatif ni tak mudah gelabah bila ada masalah. So, dia senang create idea dan boleh buat keputusan on that time tanpa susahkan org.




Seterusnya, jika kau ada kemahiran. Jangan tunjukkan sangat pada lelaki. Biar benda tu jadi exclusive untuk husband kau. Biar dia terkejut beruk sebab tak expect kau reti semua benda. Sebab, org kalau dah sayang tanpa tahu kelebihan dan keburukan kau, dia tetap akan pilih kau. Baru champion.




Kalau kau ada kereta. Dan itu kereta kau. Kau cakap kat lelaki itu kereta bapak kau. Samalah bila kau ada rumah atau ada berpuluh ribu dalam bank, jangan cakap kat dia itu kau punya. Sebab, biar dia rasa kau xda apa dan usaha sendiri untuk tampung sarahidup kau. Meanwhile one day dia kekurangan, duit duit ni lah kau keluarkan untuk bantu dia. See. Champion lagi.




Seterusnya, jangan sibuk sangat dengan study. Jangan sibuk sangat dengan kerja. Jangan fokus satu benda dalam satu masa. 

Sekali sekala belajar agama dengan ustazah. Biar one day bila anak kau tanya surah lazim, kau reti nak betulkan tajwid dia. Tak lah dia lapar ilmu. Ibu adalah mua'llim terbaik. Jadi, if anak kau bodoh jangan salahkan cikgu. Andaikan kau dah try semua benda tapi anak kau masih tak bijak. Kenalah redha. Mungkin kita ada buat dosa masa kita muda. Allah datangkan anak kita dengan perangai macam tu untuk tebus kesalahan balik. Haa. Sebab itu kena berubah awal awal.




Sekali sekala jugak berhubung dengan masyarakat. Salam orang masjid. Ada kenduri ikut merewang. Ada ceramah ikut dengar. Macam style mak mak korang. Itulah juga benda yang kau akan hadap satu hari nanti. Jadi, faced situasi tu awal awal. Nanti if kita meninggal biar ramai yang ziarah kita doakan kita. Belajar hidup bermasyarakat. Nak duduk sorang masuk hutan dengan beruk.




Sekali sekala jugak belajar bercucuk tanam. Biar lawa rumah kau tu. Tak lah macam hutan je tengok dari depan. Zaman sekarang orang cina je yang upah pekebun. Kau jamin ke hidup kau esok kaya? Bila bila masa boleh hancur lebur duit kat poket. Sekelip mata kerja kau semua Allah tarik. Rezeki itu Allah punya.




Belajar jadi pembersih dan pengemas. Ada habuk sapu. Ada kain basuh. Sekali sekala ajak sekali suami kau buat kerja kerja tu. Itu semua bukan tanggungjawab kita. But, adat skrg ni itu macam kerja isteri. Nak tahu kenapa? Sebab suami kau tu dah satu hari bekerja. Penat dan stress. Kau buatlah alang alang dah lapang.




Tapi macam mana kalau kau pun bekerja juga? Meh aku ajar. Kerja sama sama. Penat sama sama. So, kemas lah sama sama. Kalau dah sama sama malas tu, jangan borak dengan aku. Malas penyakit tak ada ubat.




Tak perlu bagitahu satu dunia kau punya masalah. Kau tengah gaduh dgn member ke. Kau tengah tak puas hati dengan lecturer ke. Biasakan tak ceritakan terlalu public. Takut takut, kau tengah gaduh benda kecik dengan suami then kau viral satu dunia. Terus jadi masalah besar. Takat nak share as satu pengajaran tu tak ada masalah. Kalau nak kutuk kutuk tu biasakan hindar dari sekarang.




Aku berkata semua ni bukan maknanya aku dah mahir semua benda. Tapi sedang usaha sebaik mungkin kearah itu juga. Bukan sebab aku gedik nk kahwin ke apa. Aku rasa lama lagi aku nak naik pelamin. Haha.




Bagi aku, ilmu berdasarkan umur dan kematangan kau bukan syaratnya. Makin awal kau belajar dan cari. Makin awal kebaikan kau dapat. Hindar penyakit hati lebih baik dari mengubati.



All Written by JannahSutikislan