Click here for the next story

20170730

DEGREE


“Sebenarnya, bukan bapak tak kasi. Cuma bapak tak mampu”

Setakat ini, inilah kali kedua bapak aku mula menahan aku untuk follow keputusan sendiri.

Aku ingat zaman aku masuk kolej semasa awal pengajian diploma dua tahun lepas. Dialog bapak masa itu mungkin berbeza dengan sekarang tapi itu pun masih menahan kehendak aku. 

Bagi aku, dalam hal ini, itu bukan masalah yang besar yang perlu aku fikirkan. Tapi yang lebih besar adalah, haluan yang aku create sebesar mana pun ia, aku wajib ikut cakap parents aku.

Dulu aku dah berjaya tinggalkan dunia art aku untuk mendapat redha mereka berdua. Sebab Redha Allah adalah selepas redhanya ibu bapa. Aku dah mula dapat hikmahnya sepanjang ber-diploma setelah lebih dua tahun aku turutkan kemahuan mereka. Walaupun aku dah berjaya tamatkan pengajian diploma aku, itu bukan bermakna minat aku kepada art akan hilang macam tu sahaja.

Cerita pasal tahun ini berbeza. Walaupun minat aku terhadap art masih ada sisa-sisa dalam diri aku, bukan bermakna aku terus buat kerja gila untuk menukar haluan aku. Bagi aku buat keputusan yang sama seperti dulu adalah sebuah kekalahan sebab memang dah terang-terang keputusan aku dahulu ditentang habis habisan oleh ibu bapak aku.

Yang aku lebih runsing, bila muncul satu idea samaada perlu atau tidak untuk aku teruskan pekerjaan makan gaji. Atau aku harus melanjutkan pengajian ke ipta. Atau aku perlu menukar aliran dengan aliran agama yang lain dan meninggalkan dunia undang-undang. Berminggu-minggu aku fikirkan perkara ini supaya tak ada sedikit pun langkah yang aku tersilap.

Masih segar dalam ingatan aku soalan ibu.

“Sambung belajar ke?”

“In sha Allah” – Aku jawab laju tanpa ada jeda.

“Kat mana? kat……”

Ibu ada sebut satu nama ipta yang levelnya boleh dikatakan antara yang terkemuka di Malaysia. Aku mengangguk setuju. Walaupun sebenarnya hati aku dah mula rasa pahit kelat-kelat. Bukanlah sebab aku tak suka ipta itu. Tapi mungkin sebab aku sendiri sedar yang aku sebenarnya masih tak bersedia untuk berhadapan dengan biah yang baru.

Awal tahun 2017, aku agak sibuk dengan jadual kerja guru aku. Sehingga satu hari tu, aku tersedar yang tempoh masa untuk apply UPU tinggal lebih kurang 3 minggu lagi. Agak kelam kabut aku waktu tu, dengan no.pin yang masih tak dibeli, Sijil Spm aku yang hilang entah di mana letaknya, Sijil Muet dan Sijil Diploma pun aku tak ambik di Pejabat urusan kolej lagi.

Minggu pertama, aku cuba ambil masa untuk selesaikan pembelian no. pin dengan ditemani ibu di bank. Hari pertama aku pergi ke bank, no. giliran aku tak sempat dipanggil ke kaunter sebab dah tamat waktu operasi bank. Nampak gayanya pun memang jauh lagi jarak nombor giliran aku dengan nombor yang terkini. Jadi, aku ajak ibu pulang dan bercadang untuk datang lainkali. Perasaan aku terus bertukar tak berapa baik waktu itu.

Teruknya aku. Aku dah mula fikir benda-benda tak elok. Yang kononnya Allah halang aku untuk teruskan benda ni. Malam itu, aku cuba sedarkan diri aku dan kembali pada keputusan aku yang awal.

Aku datang lain hari dan aku dapat beli no. pin stpm setaraf di kemuncak waktu bank nak tutup operasi. Mujur sempat nombor giliran aku. Kalau tak, fikiran aku yang memang tak berapa nak stabil sebelum ini bertambah pelik-pelik jadinya. Aku mula dapatkan dokumen yang selebihnya di Pejabat Kolej dan habis semua fail di laci-laci aku punggah untuk dapatkan semula Sijil SPM aku. Kotak, buku-buku dan fail-fail semua berjaya aku terbangkan. Aku berjaya jumpa dengan pertolongan ibu pada akhirnya.

Tiap kali aku nak undur dari mengambil keputusan sambung pengajian di ipta, aku terfikirkan ibu bapak. Besar harapan mereka nak aku berjaya hasil daripada pembelajaran di ipta terkemuka. Namun sebaliknya, aku sendiri sedang berperang dengan idea sendiri.

Aku sendiri tak tahu nak explain bagaimana pada mereka. Yang aku takut, kalau mereka mendengar penjelasan sebenar aku mereka akan terus terfikir-fikir sehingga ganggu waktu rehat mereka.

“Apa salahnya, kali ini beri izin aku buat keputusan sendiri”.

Ayat ini selalu bermain dalam otak aku. Hakikatnya aku hanya mampu berkata pada diri sendiri. Aku perlu hilangkan segala keluhan supaya aku lebih redha dengan keputusan yang lebih baik. Dan mungkin aku terlalu lama fikir sampai aku merasa apa yang aku plan adalah yang paling betul. Dan boleh jadi idea aku ni sebenarnya bukanlah sesuatu yang terbaik.

“Agak-agak dapat?”

“In sha Allah. Tapi sipi-sipi. Ikut kekosongan je kalau result macam ni”

“Nanti ibu teman buat rayuan di Pejabat Urusan. Lepas temuduga mesti dapat”.

Bila ibu mula jelaskan bahawa usahanya boleh pergi sehingga tahap itu. Aku makin rasa kelu nak jelaskan hal sebenar.

Jujur. Yang sebenarnya, aku tak ada hati nak sambung pengajian di ipta.

Tepat jam 3.40 petang, sehari sebelum tamat tempoh permohonan UPU aku selesai hantar permohonan aku secara rasminya. Aku perhati di pilihan yang kedua. Aku pejam mata dan tarik nafas dalam. Kalau memang dalam surat dia terima yang pilihan kedua, bermakna "LAW" dah mati dalam hidup aku. Aku tutup laptop dengan selawat dan aku masuk tidur. Ini sahaja cara yang boleh halang aku untuk cuba mencemarkan minda dengan terfikir perkara-perkara negatif.




Part I - Let's waiting for the next story. 


All Written by JannahSutikislan