Click here for the next story

20170731

"TAK NAK AH, MAHAL"


Hari tersebut hari Khamis. Aku bercadang untuk melawat mahkamah untuk berjumpa dengan Hidayah. Dia sedang selesaikan internship disitu. Dah hampir sebulan dia menjalani internship di mahkamah yang sama aku intern sewaktu ketika dulu. Ini pun setelah di pelawa dua kali, dua hari sebelum Dayah habis intern baru aku ringan kaki untuk datang.

“Kau bila nak datang?”

“In sha Allah esok.”

“OK. Nanti Dayah boleh tumpang balik”

“Aku ingat kau suruh aku datang sebab rindu aku. Kurang asam”

“Eh. Tak lah. Ada rindu jugak. HAHAHA”

“Balik jalan kaki!”

Aku senyum sinis bila teringatkan conversation antara aku dan Dayah yang terakhir. Semua benda aku mula throwback sambil-sambil menunggu kereta yang aku pandu terpacak di sebuah kedai industri makanan.

“Em. Cukuplah”.  Sambil aku membelek satu daripada tiga bungkus kerepek yang ada di tangan.

Gaji bulan ini 25% aku dah beri pada Ibu sebagai ganti semula modal bisnes yang aku pinjam itu hari. 25% lagi aku dah laburkan untuk keperluan bisnes aku yang masih belum cukup. 25% lagi aku gunakan untuk minyak petrol, buku dan keperluan asas yang lain. Selebihnya, aku terpaksa korbankan untuk membeli kasut baru untuk mengganti kasut lama yang dah koyak tapaknya. Dan saki baki inilah aku gunakan untuk membeli buah tangan untuk warga mahkamah.

Selesai pembayaran. Aku jenguk pada celah dompet hanya beberapa keping yang tinggal.

“Miskin. Tapi ada hati nak belajar Degree”

Entah kenapa, tiba-tiba mata aku mula keluar kaca sejurus aku melepasi pintu pagar kedai. Aku baling dompet aku di seat sebelah. Kembali pandang sekeliling dan mula fokus memandu hingga ke destinasi sebenar aku kali ini. Aku cuba menahan diri aku dari terlalu fikir sehingga terlalu dalam. Emosi aku pelu dikawal untuk mendapatkan air muka yang elok bila berhadapan dengan staf-staf mahkamah nanti.

Aku disambut baik oleh staff dan acik-acik cleaner di pintu pejabat. Kebetulan rezeki aku, Puan Liyana ada di dalam ruangannya. Selalunya, bila aku datang melawat dia jarang ada di mahkamah.

“Assalamualaikum. Ngee”

“Waalaikum…” Puan Liyana mula angkat muka. “….salam. Jannah!!”

Aku mula masuk selangkah dari pintu dan menghulurkan tangan.

“Ya Allah Jannah. Masih ingat kami lagi.” Sambil kami melagakan pipi.

“Eh Mestilah. Hampir setiap bulan saya datang. Akak selalu tak ada. Em”

“Jannah. Habis belajar kan. Kerja apa sekarang”

“Em..... – Aku baru je nak lupa untuk fikirkan hal tentang sambung belajar. Akhirnya topik ini muncul dimana-mana. Aku sendiri tak tahu jawapan apa yang boleh buat orang rasa bahagia bila mendengar. Jadi ia memerlukan aku untuk fikir dulu sebelum aku nak lepaskan ayat aku.

…Tolong ibu je.”

“Kat mana?”

“hehehe. Tadika” – Aku sebenarnya takut dengan persepsi orang terhadap aku. Itu je. Teruk betul.

“Ustazah ke?. Waaaah! Btw patutlah awak nampak lain.” – pulak.

“Aik”

“Nampak matang tau. Dulu, masa mula-mula awak datang macam budak-budak je. Alhamdulillah. Mesti banyak benda awak dah mula belajar ni.” – Sambil dia cubit lengan kanan aku.

Aku balas dengan senyuman dan ketawa kecil. Aku sendiri tak sedar perubahan terhadap diri aku. Waktu itu, aku terus ada rasa syukur. Actually, ujian yang Allah beri bukan sengaja nak singgah dalam hidup kita. Akan ada sesuatu yang Allah nak hadiahkan kepada kita kalau kita berjaya tempuhi dengan rasa redha. Aku belajar sesuatu.

Aku kedepan mencari muka-muka yang aku kenal. Nampak susuk tubuh biasa aku lihat disebalik kerusi. Aku sergah Dayah dari belakang sambil hulurkan tangan sebagai muqaddimah pertemuan petang itu.

“Hey. Kau sihat?”

“Alhamdulillah. Kau?”

“Okay je. Kau buat apa?”

“Sengaje ni ha. Tengok email lama. Cumanya aku lupa password. Macam mana ya?”

“Pulak. Kau buat code follow second email lah. Ada?”

“Ada. Tapi yang dia tanya-tanya soalan ni. Aku tak ingat semua jawapannya.”

“Kau nak buat apa email lama?”

“Haha. Tak ada apa pun.”

Aku buat muka dan cuba ubah topik. Jam menunjukkan jam 4.15 petang. Mahkamah pula akan ditutup pada jam 5 petang. Memandangkan tempoh masa pertemuan aku dengan Dayah tidak begitu panjang, jadi aku perlu menghabiskan masa dengan pertanyaan yang lebih bermanfaat. Sempat aku tanya tentang assignment dan laporan Dayah. Sebenarnya, itulah tujuan utama aku datang kesini. Kononnya ingin bantu Dayah untuk selesaikan laporan dan assignment intern-nya.

“Kau tak bawak laptop ke?”

“Haha. Tak”

“La. Macam mana aku nak guide?”

“Hahaha entahlah”

“Sekeh kang. Kau gayanya macam dah siap je”

“Belum. Melambak lagi part aku belum siap sebenarnya. Hahaha”

Aku ambil tempat yang sesuai untuk aku duduk dengan selesa. Otak aku mula menerewang mencari point untuk diborakkan. Kalau aku datang cuma untuk pandang muka budak ni sampai habis waktu, kiranya rugi minyak kereta aku yang bawa aku ulang alik dari rumah ke sini. Sekurang-kurangnya aku pulang bersama dengan beberapa input untuk mengubah pemikiran janggal aku baru-baru ini.

“Jannah.” – Sambil Dayah membetulkan posisi kerusinya ke arah aku yang duduk di atas lantai bersandar ke dinding sisi almari. Ya, tempat aku duduk itu sangat selesa.

“Emm.”

“Kau kerja Pasti ke?”

“Ha ah. Asal?”

“….baguslah kau ni sebenarnya”

“Hahaha. Kau dah kenapa tiba-tiba”

“Hahahaha!”

“Aku biasa je”

“Jannah lepas ni sambung belajar mana?”

“Dah apply UPU”

“Kat mana?”

“Aku cadang kat ***. Tapi. Aih”

“Kenapa?”

“MUET aku” – Dah kenapa. Tiba-tiba MUET jadi mangsa keadaan. Good excuses Jannah.

“Kau punya not bad lah. Bukan teruk”

Aku rasa ini waktu yang baik untuk berdiskusi berkenaan kecelaruan otak yang melanda aku baru-baru ini. Memandangkan ruangan mahkamah yang agak sepi dan berlatar belakangkan alunan lagu zikir-zikir. Aku rasa kawasan ini macam ada spirit yang elok untuk beri ruang pada otak aku untuk mengambil keputusan yang betul. Aku cuba ambil tempat duduk di kerusi kaunter sebelah supaya aku dapatkan posisi yang lebih dekat dengan Dayah. Aku merasakan ia sesuatu hal yang agak serius untuk dibincangkan.

“Kau nak jadi apa Dayah?”

“Cikgu. Haha.”

“So, kenapa kau ambik law?”

Dayah duduk bersandar dan matanya mula pandang tajam kearah aku. Aku rasa dia mula dapat jangka apa yang sebenarnya mengganggu otak aku waktu ini. Disebabkan Dayah tidak menjawab soalan aku, aku kira dia mahu menunggu penjelasan daripada aku.

“Aku rasa kalau kita stop. Kita rugi. Sebab dulu kita belajar basic je….

…..Tapi, kalau kita tak mahu jadi lawyer. Ada baiknya kita fokus dengan ilmu lain

…..Law ni pun dah makan cgpa aku. Aku kira kalau aku tak ambil subjek law. Aku dah lama dekan!”

Aku sendiri tak sedar apa yang aku kata itu lebih kepada ikutkan emosi yang aku sorok selama ini. Mungkin juga aku sedikit tertekan dengan sekeliling aku. Aku teringatkan seorang sahabat karib aku sejak zaman menengah lagi, dia sering duduk di lingkungan pelajar kelas pertama. Termasuk Dayah sendiri, dia juga antara pelajar kelas pertama hampir setiap semester. Perkara ini yang memaksa aku seperti ingin bertarung dengan score-score mereka. Tapi, malangnya satu score pun aku tak mampu atasi mereka. Kebanyakannya sipi-sipi. Ada juga markah aku lebih dari mereka tapi itupun sekali dua. Aku mula beranggapan mereka sebenarnya tidak memahami situasi aku yang tersepit ini. Jadi, itu sebabnya kadang aku terlepas cakap perkara-perkara yang sepatutnya aku tak perlu luah pun.

Dayah senyum mendengar penjelasan emosi aku. Dan aku cuba memalingkan pandangan aku ke ruang bilik untuk mendapatkan mood yang baik. Aku sambung berceramah.

“Kau kira. Kalau kita tak diterima ipta untuk sambung law. Dan jika pilih aliran agama yang lain barulah mereka terima. Apa kau buat masa itu?”

“Haha. Gila ke? Aku pun tak tahu nak buat apa. Aku berserah je lah”

“Gila kan? Seolah-olah macam ‘sepatutnya diploma dulu kau tak perlu pun struggle in law’ Haha”

“Tahu takpe. Subjek law ni pun boleh tahan juga susahnya”

“Entahlah. Aku tak kisah nak masuk kolej lama. Tapi aku terfikirkan kosnya. Mana aku nak cari?”

“Sama lah. Sampai ada pakcik aku nak bagi pinjam duit itu hari. Kiranya dia nak buat sistem tak ada bunga. Bezanya aku bayar pada dia.”

“Untung kau? Kenapa tak ambil je?”

“Bapak aku tak kasi sebab bahaya pada aku. Masa depan kita tak tahu kan. Mana tahu ada perebutan harta dan tanah ke. Tiba-tiba aku terpaksa mengalah sebab terhutang budi pada dia. Hahaha. kelakar betul pemikiran aku ni”

“Hahaha. Ngek. Betul juga tu. Bergantung pada badan-badan dan organisasi taklah berat sangat. Bergantung pada orang ni kita kena jaga hati dia sekali”

“Kan. Jannah. Kalau aku masuk kolej lama ni. Sempat tak?”

“Kau hantar laporan bila?”

“After two weeks”

“Tak tahulah. Aku sendiri tak tahu bila tarikh Kolej tutup permohonan. Kalau kau nak masuk kau kena settlekan laporan awal. Kau tanya ni nak masuk balik ke?”

“Eh. Tak tahu. Aku tanya je. Kau pulak?”

“Tak kut. Mahal”

“Hmm betul tu Jannah”

"Ha, tadi aku bawak kerepek. Sambil-sambil kerja nanti makanlah"

Keadaan senyap sambil kedua-dua otak mereka menerewang entah kemana-mana.



**


“Jangan cuba jadikan duit itu sebagai isu. Nanti kamu jadi belajar tak ikhlas. Ada orang Allah takdirkan dia belajar di ipta walaupun dia kaya. Ada orang Allah takdirkan belajar di ipts walaupun dia kurang berkemampuan. Allah yang rancang. Kamu usaha macam mana pun lah, kalau Allah kata kamu akan jadi manusia yang lebih hebat bila berada disini, hati awak akan tergerak juga untuk kesini. Bagi saya, tiada apa masalah pun bila awak belajar dimana-mana. Semuanya bergantung atas awak nak faced tanggapan orang yang kata budak ipts ni tak bagus. Dah namanya rezeki, awak akan tercampak kemana-mana pun yang DIA kehendaki walau pada asalnya awak tak nak…..

Yang penting Jannah..

Belajar sungguh-sungguh, ini masanya awak tunjuk kepada mereka awak boleh berjaya tanpa mengikut pemikiran orang”




MISS ZULFAH, 24 MAC 2017 / 12:45 PM


All Written by JannahSutikislan