Click here for the next story

20170803

MERAYU



“Cubalah buat rayuan”

“Hati aku tak kata perlu untuk buat”

“Sekurang-kurangnya kau dah usaha”

“Tengoklah macam mana”

Kalah sebelum cuba adalah penakut.
Aku faham itu yang ada dalam diri aku.

Jam 1 petang. Aku terima satu mesej dari pihak 15888.

“….Dukacita anda TIDAK BERJAYA….”

Aku screenshot dan aku beri di group family.

No respond kecuali dari akak aku – Sama seperti conversation mula-mula tadi.

Situasi aku tersepit. Seperti mana aku cerita di post lepas, ibu ayah aku nak aku masuk Universiti. Dalam masa yang sama aku dah register degree di Kolej.

Sebenarnya, iktikad aku adalah satu ‘Belajar je lah mana-mana, aku Cuma nak ilmu’ niat inilah yang buat aku keliru – Title belajar mana-mana. Then, Mana-mana itu dimana?

Aku boleh untuk turuti kemahuan mak ayah aku dengan syarat aku kena repeat muet sampai mencecah paling maksimum Band 5 atau aku kena ubah profesion aku dari Undang-undang kepada Islamic knowledge yang lain. Saingan dalam fakulti undang-undang sangat ramai dan terlalu rigid. Ini yang buat aku terasa down kadang-kadang.

Aku bukan seorang yang kejar qualification in academic sebab aku tahu tahap intelektual aku dimana. Aku lebih gemar untuk membuat research dan buat kerja secara praktikal yang lebih datangkan pencapaian yang hidup. Pencapaian atas kertas ini hanya memerlukan satu kepakaran iaitu Otak.

Pandai adalah subjektif – Orang melukis tidak menggunakan intelektual yang tinggi tetapi dengan kemahiran dalam berimginasi selain daya kreatif. Ini kita juga kata pandai.

Orang yang fahami subjek dan mampu untuk ingat semua fakta lalu dimuntahkan diatas kertas. Ini juga kita kata sebagai pandai.

Namun, aku tanya kamu semua. Antara dua tadi, mana yang kamu rasa ia HIDUP?

Jadi, aku tak mahu paksa diri aku mencapai tahap yang orang mahu.

“Kau kena dapat First Class dan Band 4 untuk masuk Fakulti Undang-undang di Universiti Awam”

Aku usaha sekerasnya, kalau rezeki aku adalah kelas kedua. Adakah ini bermakna aku tak layak langsung duduk didalam court?

Itulah persoalan dalam minda aku.

Manusia harus tahu beberapa perkara untuk diterjemahkan dalam kehidupan. Kelayakan seorang pimpinan negara mestilah kelas pertama dalam akademiknya. Namun, jika benar itu terjadi sekarang. Kemana pergi nilai moral kesemua student first class tadi bila sudah bertakhta diatas jawatan?

First class tidak bermakna semua perkara yang dia lakukan dapat menjamin keamanan dan dia mampu beri yang terbaik dalam sektor pentadbiran dan politiknya.

Tak diberi peluang ditemuduga.

Tak diberi peluang bersemuka.

Lalu jawapannya mudah,

“Boleh buat rayuan lagi”

Entahlah. Mungkin sebab cgpa aku yang kurang 0.06 untuk mencecah dekan dan Reading Muet aku yang tak mengatasi speaking Muet aku. So dia ada alasan untuk menolak.

“Aku dah kata, intelektual otak aku bukan atas kertas”

Terlalu sempit untuk dinilai diatas kertas yang mungkin boleh sahaja mahasiswa itu sendiri tak faham apa yang dihafal, tak faham apa yang dijawab yang lebih teruk tak faham bagaimana untuk dipraktikkan dalam kehidupan.

Kalau tidak kerana harapan tinggi mak ayah aku, tak mungkin aku usaha sehingga ke tahap ini. Sebab niat kami berbeza kalau aku yang cuma nakkan teroka ilmu tapi mak ayah aku pasti akan pertikaikan soal kewangan.

Aku bukanlah fakir, bukanlah miskin bukan juga papa. Keluarga yang sederhana.

Cumanya mungkin mereka ada tujuan dan harapan tertentu melalui wang-wang bulanan. Nak baiki rumah ke nak beli barang elektrik baru ke nak repair apa yang rosak ke dan sebagainya.

Aku faham, kalau aku masuk kolej dengan kos yang tinggi ibarat aku dah kacau urusan tabung mereka.

Bukan masalah mereka menghalang.

Mereka nak aku berusaha untuk dapatkan peluang yang lebih cerah.

Bila orang tanya anak belajar mana pun, ringan mulut untuk dijawab.

Walaupun belum graduate, cukuplah itu sebagai satu istilah untuk ‘membanggakan mak ayah’. Urusan memudahkan parents itu sekurang-kurangnya dah bergerak di separuh perjalanan.

“Ibu bapak, dulu nak sangat abang jadi artis animasi namun akhirnya ke pertukangan, dulu nak sangat tengok akak umi jadi doctor tapi dia pergi jauh ke kos geometic, Dulu nak sangat tengok akak yana jadi lecturer, akhirnya dia ambil bidang ekonomi”

dan setakat ini aku yang terakhir didalam perjalanan seorang mahasiswa, nak tunggu adik aku terlalu jauh umurnya.

Jadi, mereka tumpukan sepenuh perhatian kepada aku setelah belajar dari tiga kesilapan tadi. Mungkin inilah yang kau rasa sebagai kongkongan itu Jannah.

Bercakap panjang lebar pun tak guna tanpa bergerak. Mahu tidak mahu. Aku kena buat sesuatu.

Ikhtiar terakhir aku. Aku akan buat rayuan dalam bidang Islamic knowledge yang lain. Sebagai syarat melayakkan aku masuk Universiti Awam tanpa dia pertikaikan keputusan Muet aku. Setelah itu, aku akan usaha tukar kos kepada profesion yang aku nak di bahagian Administration. Kalau tak, aku belajar sahaja apa-apa yang terbentang didepan mata.

Keberkatan ibu ayah. Pasti ada jalannya. Fahamkan ini Jannah.

Atau Allah ada jalan lain. Ya, aku tunggu Ya Allah.




“Duduklah kamu sementara diatas dunia.
Tujuannya supaya kamu memudahkan orang lain,
 bukan ingin memuaskan hati kamu sendiri.
 Ganjarannya adalah syurga kekal.”


All Written by JannahSutikislan